Monday, 28 May 2012

Kelas Preggie Semalam (Part 1-First Aid Baby)

Kelas semalam mmg best giler.. Hehe... Belajar first aid baby.. Sayangnyer ak tak ambik gambar pun semalam. Mungkin sbb syok sgt dgr lupe nak ambik gambar.. Okei...ape yg aku belajar smlm..

CPR utk baby...

Mule2 jika kita tgk baby tak bernafas...
  1. Danger: Hilangkan sume bahaya disisi baby
  2. Respon: Jentik tapak kaki atau cubit lengan baby utk memastikan baby xde respon.
  3. Help: Telefon talian kecemasan. 
  4. CPR: 30 tekanan di tengah antara dada dgn 2 jari( jari tengah n jari manis) dan 2 hembusan (buka mulut besar2 biar hidung n mulut baby masuk skali dlm mulut, hembus 2 kali).
  5. Wat tekanan dan hembusan sehingga bantuan tiba atau sehingga baby dah bernafas semula.


Bantuan kecemasan jika baby tercekik.

Nie untuk tercekik kronik. Tanda2 tercekik kronik.
  1. Baby terbatuk2
  2. Bibir baby biru
  3. Baby tidak menangis
Cara2 bantuan:
  1. Baringkan baby diatas lengan kanan.
  2. Tangan kanan pegang pale baby
  3. Tangan kiri dengan membentuk C pgg rahang baby.
  4. Pusingkan baby dan tepuk belakang baby 5 kali.
  5. Pusingkan baby semula dan wat tekanan 5 kali di tengah antara 2 dada dgn 2 jari.
  6. Teruskan sehingga makanan atau benda yg tercekik tu dah boleh nampak. 
  7. Keluarkan dgn jari kecik.
First aid nie lebih baik dibelajar dari pakar supaya tak salah gunakan, jadi untuk maklumat lanjut sila tanya doktor ker, nurse ker, sape2 yg dah qualified dlm first aid nie. Semalam yang ajar kami, MSE Academy Sdn Bhd, www.mseacademy.com.my Kalau nak tau lebih lanjut try layari website nie...

No comments:

Post a Comment