Friday, 8 June 2012

Kelas Preggie (Part 2-Cordblood Banking Talk)

Cord blood Banking. Ape itu cord blood banking? Penyimpanan darah tali pusat baby yang diambil selepas uri keluar dari rahim. Hanya darah dari tali pusat di ambil kerana di situ terkandung Stem cell yang boleh disimpan untuk merawat macam2 penyakit. Kebanyakannyer penyakit yang berkaitan dgn darah, contoh thalasemia, leukimia, tetapi sekarang nie dah boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes, sawan, beberapa jenis kanser n lain2. Setakat nie ade 80 jenis penyakit yang boleh dirawat.

Tu sebagai intro...

Ape itu Stem cell? Stem cell tu adalah sel yang belum lagi dibahagikan untuk menjadi sel2 dalam badan kite. Boleh dikatakan sebagai sel asal. Dari stem cell, akan dibahagi menjadi hematopoietic dan mesenchymal stem cell. Dari situ plak, Hematopoietic akan menjadi sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan sel sistem imunisasi. Mesenchymal plak akan jadi sel jantung, sel saraf, sel tulang, sel otot. Okei.. jadi stem cell nie amat la penting kerana dari stem cell lah terbentuknya segala sel dalam badan kite. Disebabkan itu lah bile stem cell nie diambil dan disimpan, ia adalah amat bergune untuk merawat pelbagai penyakit.

Adakah ia selamat? Sangat selamat sbb mase darah diambil dari tali pusat baby sudah dilahirkan dan tidak memerlukan lagi tali pusat tersebut. Baby pun tak rase pape. Jadi memang tak perlu risau ape2.
Ade 2 cara untuk simpan cord blood nie, satu simpan atau derma pada Pusat Darah Negara, ataupun ke-2 simpan di Lab2 swasta untuk kegunaan keluarga sendiri. Jika didermakan, mmg tak perlu bayar ape2 ler. Tapi jika disimpan kat Lab2 swasta ade la bayarannyer. Bagi pendapat aku la, harga yang ditawarkan oleh lab2 swasta nie adalah amat berbaloi, jika nak di bandingkan dgn bayaran nak merawat penyakit2 tu. Simpan cord blood nie, adalah sebagai insuran atau jaminan untuk mase depan.

Aku sangat2 lah berminat... Jadi ak kira anak yang mane, aku akan usahakan gak simpan cord blood nie. Jika berlaku ape2 pada keluarga aku, aku tak perlu risau sgt. Untuk maklumat lanjut leh tanya aku lagi. Hehe... or leh tanya kat doktor2, or google jer. Nak tanya terus kat Lab2 swasta tu pun leh. Yg aku tau,
CellSafe Group (www.facebook.com/cellsafe) atau pun Cryocord (www.crycord.com.my) ....

Try ler tanya2, sebab tak salah pun bertanya. Tak payah bayar.. hehe... Serius aku galakkan sangat la.. Lagi2 kalau family kite ade keturunan diabetes or sakit len.

No comments:

Post a Comment