Dia memberikan aku tanggungjawab yang sangat besar. Sehingga kesilapan yang kecil pun membuat ku sangat kecewa. Kegembiraan aku pada saat pertama aku melihat wajahnya, bertukar kepada tangisan, kerana terlalu terharu, betapa Dia mempercayai aku untuk memberikannya kepadaku.
Nurul Afia, nama yang sudah lama ku pilih, serta memberi makna yang sangat mendalam kepada diriku. Harap Afia akan menjadi nama panggilannya selamanya, agar namanya sentiasa menjadi doa.
Jauh dari segala masalah. Amin Ya Allah...
Walau aku dikurniakan dengan nikmat yang sangat bermakna ini, tetapi aku tidak dapat merasa nikmat menyusukan Afia, aku tersangat kecewa. Lebih kecewa bila mereka bertanya dan membuat andaian sendiri. Betapa aku berusaha, tetapi akhirnya tidak berjaya. Mereka boleh berkata apa saja, tapi mereka tak kan dapat memahami.
Aku lebih kecewa dengan kesakitan yang aku alami selepas itu. Sehingga membuat ku taubat untuk mengalami peristiwa ini lagi. Tetapi selepas aku melihat gelagat si kecil, senyumannya, tangisnya, aku tidak sabar untuk melakukannya sekali lagi. Segala kesakitan yang aku alami, sudah menjadi kenangan yang terkubur. Ya Allah terima kasih atas nikmatMu ini.
Aku harap selepas ini, keluarga kami lebih utuh dan sentiasa berada dalam keredhaanNya. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat2..
Cutenyer Afia...
afia brtuah krane ade seorg ibu yang prihatin..
ReplyDeleteTerima kasih sangat2...
Deletecomel nye~~~
ReplyDeleteThanks so much..
ReplyDelete