Assalamualaikum..
Jom beli rumah.. Ceh macam murah jer.. haha.. Tapi kita semua ada impian untuk dapatkan rumah sendiri kan.. Macam aku, impian tu hampir tercapai sebab sekarang nie sedang tunggu release loan. Jadi bermaksud tunggu lawyer2 buat kerja. Itu yang boleh buat kita tak senang duduk sebab kena bergantung orang untuk dapatkan sesuatu. Okay apa-apa pun.. Mari aku cerita dari mula aku nak beli rumah.
Atas nasihat rakan sekerja, aku beranikan diri untuk beli rumah walau masa tu aku baru 6 bulan bekerja. Tapi syarat pinjaman adalah sudah bekerja sekurang2nya 6 bulan. Jadi try aje la.. Cuba tak salah. Kalau tak cuba yang salah. Aku pun mula mencari rumah. Sebab kami lebih melihat nilai rumah dari kualiti rumah. Kami cari yang kami rasa kami mampu dan kami boleh lepas loan. Lepas tengok iklan dan mencari di kawasan yang kami ingin duduki. Membandingkan sikit2.. Ok kami pilih dan telefon. Last2 kami tinggal dengan satu rumah saje. Haha.. Set a date untuk tengak rumah. Jeng3... Aku jatuh hati..
Rumah.. Bukan baru tapi 2nd.. 850 sq ft... Apartment with balcony.. Balcony yang wat aku jatuh hati..
I like the fresh air. Dan Harga.. RM105,000.00.. Consider as murah. Sebab area tu bukan bandar. Tapi dekat dengan bandar, sekolah dekat, shopping mall, banyak kedai.. Serius kalau nak hidup dalam suasana still berhutan tapi dekat dengan batu.. This is the place.. haha..
So.. after setuju.. Submit documents to apply loan. Aku bernasib baik agent tak nak 10% lagi sebab nak tengok loan approve ke tak dulu jadi kami tak tergesa nak cari duit lagi la.. After ade prob skit but selesai dah.. Loan pun approve. Okay.. kami kena cari duit. Kami mengaku kami tkde duit. Huhu.. Xde duit nak beli rumah.. But as my friend said if tunggu ade duit sampai bila pun tak dapat beli rumah. As the prize will go higher n higher.. Jadi penyelesaian... kami pinjam sementara. Bukan cari terbaik tapi tu je kami dapat lakukan dulu. Jadi pinjam pada tersayang, company loan then duit cukup dah.. Bayar pada lawyer.
10% x 105k = RM10,500
Owh bayaran lawyer.. RM2k
but bayar half dulu.. RM1k..
Total: RM11,500.00..
Sebelum apa2, jika korang ade lawyer yang dipercayai, yang dikenali, dan yang boleh diharap. Sila lah upah mereka. Jangan la ambik lawyer yang agen recommend. Sy taubat dah. Kerja lawyer saya tak profesional.
Tak pe. Ape2 pun dah sampai tahap nie.. Lagi 2 bulan tamat tempoh 3+1. Tempoh tu dikira dari tarikh surat dari developer. Itu adalah tempoh untuk release loan. Jik tamat tempoh tapi tak selesai lagi. Sila lah bayar interest pinjaman. Aduhai.. harap dapat la rumah sebelum tamat tempoh tu.. Amin...
Aku takde gambar rumah tu.. But will do ambik picture after pindah masuk nanti. Sebelum and after decorate termampu.. Dah de rumah sendiri tambah sikit2 pun tak pe.. Lama nak duk situ.
Hati ini tak sabar.. Huhu..
No comments:
Post a Comment